Kelas Mahir Pertanian Pintar
4 Mei 2025 | Aktiviti TerkiniPada 03 Mei 2025, telah diadakan Kelas Mahir Pertanian Pintar bertempat di NADI Felda Pasoh 2. Kelas ini bermula dari jam 9.30 pagi hingga 11.30 pagi. Bagi pembelajaran Mahir Pertanian Pintar berjalan secara atas talian dan tenaga pengajar mengajar secara teori. Setiap Program mahir diberikan peralatan untuk peserta membuat praktikal di NADI dan membuat tugasan yang telah diberikan oleh tenaga pengajar. Setiap tugasan perlu dihantar melalui sistem Mahir.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: